5 Langkah Penting Untuk Mulakan Perniagaan Online

Kini, semakin ramai orang mulakan perniagaan menerusi platform online kerana jauh lebih mudah. Phone selalu berbunyi, dapat balas whatsApp sikit-sikit pun dah jana income 5 ke 6 angka sebulan mengalahkan orang yang bekerja makan gaji ! Namun, tak semua realitinya begitu… Ramai juga yang jadi penganggur tegar, habiskan lebih banyak masa pada bisnes namun, pendapatan tetap tak bertambah-tambah !

Tak semua orang mempunyai nasib yang sama. Kadang-kadang, produk yang dijual kurang sambutan walaupun keuntungannya besar. Perbelanjaan pula semakin meningkat, namun pendapatan tak pula bertambah-tambah. Akhirnya, berminggu-minggu dapur tak berasap & terpaksa berhutang 😭

Dalam post ini, saya akan kongsikan langkah penting untuk berniaga dari rumah dengan berjaya.

 

"Common mistake" kebanyakan surirumah?

Kini, semakin ramai wanita berniaga dari rumah. Jadi, saya akan kupas tentang golongan ini. Antara “common mistake” yang saya lihat pada WAHM (Work at home mother) ialah mereka tidak mempunyai ilmu pemasaran yang “up to date”. Kadang-kadang, pemasaran online dah power, tapi produk pula susah nak jual kerana “overpriced”. HQ atau syarikat pula tak buat “branding”, maka susah pengedar nak jual produk tersebut kerana kurang dikenali…

 

Penyelesaiannya?

1) Cari produk yang muncul di kaca TV / Billboard

Ini langkah paling selamat untuk bermula. Kerana apa? Kerana tugas pemasaran telah jadi jauh lebih mudah. Ejen produk hanya perlu buat orang tahu bahawa mereka adalah pengedar dengan memasang banting, buat posting-posting berkaitan produk di Facebook & Instagram. Kesannya ialah, setiap kali bakal pembeli ternampak iklan produk di kaca TV/billboard, mereka akan cari pengedar untuk dapatkan produk.

2) Jual produk yang "repeat order"

Memang “best” sangat jika jumpa produk yang sentiasa dibeli oleh pelanggan setiap bulan. Kadang-kadang pelangan ni bukan setakat beli satu, malah berkotak-kotak kerana mereka mempercayai keberkesanan produk sehingga turut rekemen orang lain untuk membeli. Siap ada orang tolong “promote” lagi jika produk tersebut betul-betul bagus kan? Antara produk yang selalu mendapat “repeat order” ialah produk “supplement”. Setiap bulan, pelanggan akan bertambah & setiap bulanlah ejen terpaksa dapat lebih banyak “repeat order” !

“..Gaji mengajar di madrasah belum dapat lagi. Tapi Alhamdulillah, walaupun 1 bulan setengah tak bergaji tetap dapat “survive” sebab ada Al Fateh di sisi…” – Ustaz Doly, Ejen Al Fateh Cheras.

3) Kumpul "database" pembeli

Tak tahu apa itu “database” pembeli? “Database” pembeli adalah list pembeli yang sudah membeli melalui anda. “Save” nombor whatsApp pelanggan tersebut & “remark” sebagai pelanggan. Contoh “save” nombor pelanggan dengan nama seperti ini : 3/9 Aminah (C). ‘C’ tersebut merujuk kepada ‘customer’. Prospek yang belum membeli, saya akan biarkan tanpa tambahan huruf ‘C’. Ini penting kerana, kita boleh “broadcast” semula kepada list pembeli menggunakan tool khas untuk ingatkan mereka. Terutama pada waktu gaji.

4) Follow up semula prospek & pembeli

“Follow up” adalah aktiviti yang wajib dilakukan untuk ingatkan semula prospek yang berjanji untuk membeli pada waktu gaji. Biasanya daripada 10 orang yang whatsApp, 1 ke 3 orang akan terus membeli. Bakinya pula perlu di “follow up” semula supaya mereka ingat tujuan mereka whatsApp kita dahulu. Jika ada 7 prospek sehari yang belum buat pembayaran, beerti ada 210 prospek yang perlu di “follow up” selepas sebulan. 

Rugikan kalau tak “follow up”? Psssstt… mesti leceh nak “follow up” 210 prospek tu secara manual kan? Saya tahu tool yang boleh “follow up” semua prospek tu secara automatik ! Jika ada yang nak tahu, minta dia komen di blog ini ye.

 

5) Offer jualan PAKEJ

Ada produk, margin untungnya tinggi & ada produk margin untungnya rendah. Produk yang margin untungnya tinggi memang “best” jika jual, namun jualan yang terhasil belum tentu banyak. Jadi penyelesaiannya ialah jual produk yang berharga bawah daripada RM50 tetapi pakejkan supaya anda boleh dapat lebih banyak keuntungan & dalam pada masa yang sama, pembeli puas hati kerana dapat banyak penjimatan.

Sebagai contoh, item A berharga RM35. Manakala item B berharga RM55. Katakan item A anda boleh untung sebanyak RM11 (harga kos RM24). Dan item B pula anda boleh untung lebih banyak iaitu RM50 (harga kos RM5) kerana anda boleh dapat pada harga borong. 

Biasanya produk seperti item B ialah produk daripada China. Anda boleh tawarkan item A & B pada harga pakej iaitu cuma RM50 sahaja. Sudah pasti pembeli berpuas hati kerana dapat jimat sebanyak RM40 bukan?  Pentingnya anda fikirkan strategi pakej ini ialah supaya anda boleh buat jualan dengan lebih mudah !

Dalam post ini, anda telah belajar 5 langkah praktikal untuk berniaga dari rumah. Penting anda catat & fahamkan flow ini supaya anda dapat berniaga dengan mudah & sistematik dari rumah.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel kami. Anda dibenarkan untuk share post ini supaya dapat memberi penyelesaian kepada orang lain yang mengalami masalah sama. Jika anda belum like page Ummi Natra, mohon like supaya tidak ketinggalan info-info update dari kami.