5 Strategi “Simple” Pengedar Al Fateh Yang Bantu Mereka Jana RM50k Hanya Dari Rumah !

Al Fateh telah ramai melahirkan usahawan-usahawan berjaya yang kebanyakannya berasal dari ibu tunggal , ustaz yang sibuk mengajar , pekerja makan gaji dan juga suri rumah. Walaupun kebanyakan mereka zero dalam bisnes , tetapi mereka mula menampakkan result yang membanggakan hasil latihan dari HQ Al Fateh. Anda pun boleh jadi seperti mereka.

Tapi kejayaan bukannya sesuatu yang mudah , jika kejayaan senang dikecapi , maka ramailah orang yang akan berjaya. Kejayaan akan dapat dihasilkan dengan susah payah , pengorbanan , ketabahan dan sentiasa fokus dengan matlamat.

Dalam post ini anda akan ketahui 5 strategi simple pengedar Al Fateh yang membantu mereka menjana 5 angka sebulan hanya dari rumah. Anda pun boleh ikut cara mereka yang dah berjaya.

Masalah Utama Bagi Yang Baru Bermula

Masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang baru bermula dalam bisnes ialah kekurangan ilmu dalam bidang bisnes, ilmu penting supaya anda tidak melakukan aktiviti pemasaran yang tidak betul dan tidak menguntungkan. Selain itu, dalaman anda juga kena kuat supaya anda jelas dengan matlamat dan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi dapat diatasi dengan mudah.

Strategi Simple Pengedar Al Fateh capai 5 Angka Sebulan

1) Magic Number

Konsep magic number ialah matematik mudah tetapi strategi ini memudahkan usahawan untuk capai target sales. Sebagai contoh , target untung bersih untuk bulan ini ialah RM2000 sebagai ejen. 

Dan sebagai contoh anda perlukan ejen dropship dan untung yang ejen dapat setiap kali ejen dropship membuat jualan ialah RM5. Jadi untuk dapat untung bersih RM2000 sebulan , anda perlukan 20 orang dropship dan setiap dropship buat jualan RM100 sebulan (RM100 = 20 botol sebulan).

 Dengan mengetahui magic numbers , mudah bagi pengedar, ejen dan dropship untuk capai target jualan.

2) Grup Whatsapp

Setiap pengedar akan merekrut ejen di bawah beliau. Seorang leader (stokis) yang bijak akan menggunakan grup whatsapp untuk selalu menaikkan semangat , bertukar pendapat dan saling kongsi rezeki di grup Whatsapp. Ejen yang tidak aktif , insyaallah boleh diaktifkan dengan peranan leader memberi rewards dan cabaran kepada setiap ejen-ejennya.

Hasil leader berkongsi semangat dan kekuatan di grup whatsapp

“…Sy betul-betul dah jatuh cinta dengan biz al fateh ni.walaupun dh ada gaji yg tetap sebagai seorang guru,tp sy ingin mencari income tambahan untuk menampung perbelanjaan sepanjang suami masih belum bekerja setelah meninggalkn kerjayanya di kampung..
Walaupun permulaan biz al fateh ni sy terpaksa tempuhi pelbagai cabaran,tp Alhamdulillah team pirana tak pernah lokek berkongsi semangat dan kekuatan. Hari ni merupakan hari yg membahagiakan kerana suami puji dan berbangga dengan kesungguhan dan pencapaian sy setakat ini..bukan sahaja untuk menambah pendapatan,bahkan sy berharap sy dpt berkongsi kebaikan al fateh ni dengan lebih ramai lagi..😍

3) Strategi Kongsi Rezeki

Rezeki kita sememangnya sudah ditetapkan oleh Allah swt. Rezeki kita tidak pernah tersilap alamat dan tidak akan tertukar.

Salah seorang stokis Al Fateh berkongsi rahsia jualannya 5 angka sebulan. Rahsianya ialah berkongsi rezeki. Bila mana ada pelanggan mahukan Al Fateh Junior , beliau akan serahkan terus kepada ejen beliau. 

Kesannya, ejen di bawah beliau mudah buat jualan dan cepat restock semula dengan beliau.

4) Cabaran dan Rewards

Manusia sukakan cabaran , galakan dan hadiah. Dengan menggunakan elemen ini , akan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan ejen. Ejen-ejen lebih bersemangat dalam mengejar sales demi mendapatkan reward . Kesannya sales sesebuah team akan meningkat dengan jayanya.

5) Support Personal

Setiap manusia ada masalah masing-masing. Sebagai leader stokis , penting untuk seorang leader mengambil berat tentang anak buahnya. Leader perlu mesej atau jumpa secara personal dengan ejen-ejen di bawahnya dan sentiasa bertanyakan tentang masalah dalam bisnes. Jika ada ilmu yang perlu dibaiki , leader boleh mengajarkannya kepada ejen dan ejen perlu berterus terang tentang segala masalah yang mereka hadapi.

Dalam post ini anda telah belajar 5 strategi “simple” pengedar al fateh yang bantu mereka jana RM50k hanya dari rumah. Jika pengedar kami boleh , anda pun boleh lakukannya.  Yakin dengan diri sendiri dan carilah mentor yang terbaik.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel kami. Anda dibenarkan untuk share post ini supaya dapat memberi penyelesaian kepada orang lain yang mengalami masalah sama. Jika anda belum like page Ummi Natra, mohon like supaya tidak ketinggalan info-info update dari kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *