5 Langkah Mudah Memulakan Kedai Online

Bila ada kedai online, maka tak perlu bazirkan banyak kos dan masa untuk uruskan kedai fizikal. Tak perlu nak pasang CCTV, tak perlu upah pekerja dan tak perlukan tinggalkan kerja sekarang. Semua boleh dilakukan secara online sahaja. 

Namun , tak semua orang dapat capai apa yang mereka impikan . Ada yang sudah berhabis duit untuk buat website , berhabis duit pergi ke seminar namun, masih tak tahu perkara ASAS yang perlu ada untuk boleh terus bermula menjana pendapatan.

Dalam post ini, anda akan belajar 5 langkah mudah untuk memulakan kedai online.

Masalah Yang Sering Berlaku Kepada Yang Baru Nak Bermula

Walaupun kos membuat Kedai Online ialah rendah berbanding kedai fizikal , tapi masih ramai pemilik kedai online yang sanggup melabur untuk mencantikkan kedai online walaupun bisnes baru bertapak . Ianya tidak salah, tetapi untuk permulaan bisnes , pemilik bisnes perlu fokuskan kepada pelanggan , fokuskan pada konten , buat jualan dan pastikan cash flow bisnes sentiasa positif.

Ini Penyelasaian Untuk Apa Yang Perlu Ada Pada Kedai Online

1) Pastikan Ada 2 Social Media Ini : Facebook & Instagram

Hayati fakta menarik oleh Astro Awani di bawah : 

"... Jumlah pengguna Internet dinegara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial. Kajian terbabit adalah sebahagian daripada hasil Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social. Laporan berkenaan turut mendedahkan jumlah pengguna Internet meningkat sembilan peratus berbanding tahun lalu, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial. Malaysia juga berada di tangga ke-5 dunia dari segi pengunaan e-dagang terbanyak, dengan 40 peratus penduduk Malaysia pernah mengadakan transaksi atas talian ..."
Astro Awani
30 Jan 2018

Dua kuasa social media terbesar di Malaysia ialah Facebook dan Instagram . Anda wajib ada kedai online di dua social media ini kerana prospek target market anda berada di lingkungan social media ini. Semakin ramai prospek , semakin mudah untuk buat jualan dengan teknik dan strategi yang betul.

 

2) Facebook Page Tool WAJIB!

Jika anda baru sahaja bermula , mulakan dengan buka kedai online di Facebook dahulu. Berikut ialah video ringkas cara buat Facebook Page : 

Kini anda boleh isikan Facebook Page anda dengan konten-konten yang berkualiti dan mula membuat soft selling.

3) Jangan Menjual!

Contoh posting menjual ialah posting yang menerangkan produk dan memberi arahan untuk membuat pembelian. Ini mengakibatkan prospek lari kerana mempunyai persepsi bahawa penjual hanya ingin menjual walaupun tidak mengetahui nilai produk yang diiklankan oleh penjual.

Sebaliknya , prospek tidak akan lari dari penjual sekiranya mereka diberi tips-tips dan diberi kefahaman tentang nilai sesuatu produk. Malah mereka lebih suka diberikan tips-tips yang menarik dan sharing tanpa ada  arahan untuk buat apa-apa pembelian.  Inilah dinamakan ‘permission marketing’ . Prospek dengan rela hati memberi keizinan kepada penjual untuk menerangkan tentang nilai produk.

Menjual (Hard Sell)

Contoh ‘hard sell’ ialah menyampaikan mesej jualan secara terus. Mengikut kajian , hanya 3% dari jumlah ‘stranger’ ditukarkan menjadi prospek. Jika ada 100 ‘stranger’ yang membaca post menjual secara ‘hard sell’ hanya 3 orang sahaja yang bakal menjadi prospek.

Tak menjual (Permission Marketing)

Contoh permission marketing ialah dengan buat posting berbentuk tips di Facebook page anda. Hasilnya, 30% daripada jumlah “stranger” dengan mudah dapat ditukarkan menjadi prospek. Beerti daripada 100 orang yang baca post tersebut, 30 orang berpotensi menjadi prospek anda.

Tak Menjual Tapi Dapat Jualan!

Antara masalah yang dihadapi oleh mereka yang baru nak mula berniaga ialah jualan krikk krikk … Namun, jika peniaga faham bahawa tugas sebenar mereka bukanlah menjual tetapi menunjukkan penyelesaian kepada mereka yang memerlukan.

““…Gaji mengajar di madrasah belum dapat lagi. Tapi Alhamdulillah, walaupun 1 bulan setengah tak bergaji tetap dapat “survive” sebab ada Al Fateh di sisi…” – Ustaz Doly, Ejen Al Fateh Cheras...”

4) Jurus Buluh Perindu

Jualan penting, tetapi ‘awareness’ lebih penting daripada jualan. Tanpa ‘awareness’ agak mustahil jualan berlaku dengan mudah. Oleh itu, strategi Jurus Buluh Perindu adalah teknik yang diperkenalkan kami. Ia adalah strategi posting nisbha 5 : 1. Iaitu 5 post berbentuk ‘sharing’ + 1 post berbentuk menjual. 

Natijahnya dengan kaedah memberi dahulu, ‘awareness’ akan terhasil dan akhirnya jualan berlaku .Jualan berlaku setelah adanya ‘awareness’ dan ‘trust’. Tanya diri kita semula, kita lebih suka membeli dari orang yang kita percaya dan orang yang pakar dalam bidang itu kan?

5) Kuasa Schedule Post

Post yang sesuai disiarkan ialah ketika waktu puncak iaitu waktu yang ramai orang sedang online. Waktu yang dicadangkan ialah 9am , 1pm , 5pm dan 9pm. Dengan kecanggihan teknologi terkini , anda boleh susun jadual post anda (schedule post) dengan menggunakan software khas.

Kesannya , kerja-kerja pemasaran anda akan jadi lebih automatik dan menjimatkan masa anda.

Dalam post ini, anda telah pun belajar 5 langkah mudah memulakan kedai online. Penting untuk anda catat & fahamkan flow ini supaya anda dapat buat kedai online dan utamakan untuk buka kedai online di dua social media terbesar dunia iaitu Facebook dan Instagram ,  buat Facebook Page dengan mudah dan tahu apa konten yang patut ada dalam page kedai online anda. Dan yang paling best anda dapat belajar cara untuk automasikan schedule post anda supaya lebih masa dapat dijimatkan.
Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel kami. Anda dibenarkan untuk share post ini supaya dapat memberi penyelesaian kepada orang lain yang mengalami masalah sama. Jika anda belum like page Ummi Natra, mohon like supaya tidak ketinggalan info-info update dari kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *