3 Ciri-ciri Produk Yang Terbukti Mudah Dijual

Kini banyak bungkusan dapat dilihat di pejabat pos setiap hari kerana ramai orang dah tahu cara nak manfaatkan bisnes online untuk tambah pendapatan. Namun, ada juga yang rugi beribu-ribu kerana tersilap jual produk

Bila tersilap jual produk, bukan setakat rugi masa, tetapi rugi wang kerana dah keluarkan banyak duit untuk pemasaran & ambil stok… Saya dah jumpa ramai orang yang ada masalah ini kerana kurangnya ilmu & pengalaman. Akibatnya, mereka tak dapat pulangan sehingga terpaksa simpan produk tersebut di bawah katil ! 😥

Dalam artikel ini saya akan kongsikan 3 ciri-ciri produk yang terbukti mudah dijual.

Punca utama produk terpaksa disimpan di bawah katil !

1) Saiz pasaran produk yang kecil

Di Malaysia ramai orang ada masalah obesiti kerana negara ini kaya dengan pelbagai jenis makanan. Sebab itulah, meskipun ada banyak lambakan produk kurus di pasaran, masih ramai orang membelinya ! 

Diibarat dengan kek yang besar, jika anda dapat 10% daripada bahagian itu, masih ianya jauh lebih besar daripada 10% bahagian cupcake. Cupcake saya ibaratkan sebagai saiz pasaran yang kecil. Nampak?

Jadi, anda nak pilih produk dalam kategori saiz pasaran yang kecil atau yang besar? Antara ciri-ciri produk yang mempunyai saiz pasaran yang besar ialah ada banyak papan iklan di lebuhraya. Sudah tentu syarikat tak akan saja-saja keluarkan duit untuk pasang billboard jika produk tersebut tidak mempunyai pasaran yang besar bukan?

Antara produk yang kerap dilihat di lebuhraya ialah produk supplement minda kanak-kanak, ubat kurus badan & kecantikan  😎

2) Harga yang jauh lebih tinggi daripada pasaran !

Sekiranya harga untuk 30 kapsul adalah dari RM30 – RM50 untuk produk dalam niche supplement minda, sudah tentu harga yang jauh lebih daripada itu akan menjadi tanda tanya kepada pengguna. 

Harga yang mahal atau “premium” ini bukanlah satu masalah jika kesannya jauh lebih baik. Namun, akan jadi masalah jika kesannya biasa-biasa sahaja atau paling teruk tak memberikan kesan sebaik produk yang berharga “standard” pasaran. Psikologi pengguna sentiasa berkembang tau ! Mereka semakin bijak membuat penilaian…

3) Ramai pengedar buang harga

Bayangkan dah ambil banyak stok produk daripada syarikat, tiba-tiba jualan tak laku-laku. Rupa-rupanya, syarikat telah tolak produk kepada pemborong besar sehingga ramai ejen-ejen di bawah pemborong besar ini buang harga sesuka hati ! 

Pemborong besar biasanya akan “demand” margin keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat kerana mereka telah keluarkan  modal yang besar. Namun, risikonya kepada pengedar yang lain ialah, pemborong cenderung buang harga kerana inginkan keuntungan yang lebih cepat !

3 Ciri-ciri Produk Yang Terbukti Mudah Dijual... !

1) Ramai orang jual produk tersebut !

Produk yang ramai orang jual menunjukkan ianya banyak permintaan ! Selain ianya mudah dijual, ini juga menunjukkan bahawa syarikat menjaga margin pengedar-pengedar dengan baik sehingga dipercayai oleh ramai pengedar-pengedar. Kesannya ialah, anda tak perlu bersusah-payah nak kenalkan kepada pelanggan kerana produk tersebut telah tersebar melalui pengedar-pengedar ini.

2) Produk makanan

Pernah dengar Keropok Racun? Pernah dengar Mee Siput? Pernah dengar Crunchiz? Produk-produk begini sering mendapat “repeat order” kerana pembeli sukar untuk lupakan rasanya. !

Produk makanan minda juga sering mendapat “repeat order” kerana bukan kerana rasanya, tetapi kerana manfaatnya kepada kanak-kanak. Setiap ibu bapa yang pentingkan kecerdasan otak anak-anak pasti akan mendapatkannya setiap bulan.

“…Alhamdulillah, dapat membantu akak bayar yuran tuisyen anak. Dapat juga beli barang yang akak suka… hehehe. Dulu nak beli kena juga fikir banyak kali.. sebab encik suami yang bagi. Sekarang Alhamdulillah… Encik suami cakap gunalah duit yang awak dapat tu… itu duit awak :)…” – Puan Azra, ejen Al Fateh Batang Kali.

3) Harga produk di bawah RM50

Tidak dinafikan kita sendiri susah nak berkira dengan produk yang berharga RM50 ke bawah. Tambahan jika ianya betul-betul bermanfaat kan? Bila tiba je waktu gaji, mesti produk ni antara yang kita akan senaraikan untuk beli. Jadi, penting cari produk yang bukan sahaja sudah dikenali ramai, tetapi bermanfaat & “repeat order”.

Dalam post ini, anda telah belajar 3 ciri-ciri produk yang terbukti mudah dijual. Pentingnya anda memahami topik ini supaya anda tak tersilap menjual produk yang susah menghasilkan jualan. Terutama jika anda bercadang untuk buat bisnes sambil bekerja.

[VIDEO PERCUMA] STRATEGI PRAKTIKAL JANA MINIMUM RM2500 SEBULAN TANPA KELUAR RUMAH

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel kami. Anda dibenarkan untuk share post ini supaya dapat memberi penyelesaian kepada orang lain yang mengalami masalah sama. Jika anda belum like page Ummi Natra, mohon like supaya tidak ketinggalan info-info update dari kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *